KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg hadir ke Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Kedua (ICOSSH) 2021 bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini.
Penubuhan Kerusi Tok Nan oleh Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu adalah bagi meneruskan legasi Allahyarham Tok Nan yang terkenal dengan kasihnya kepada Sarawak, rakyat tempatan, budaya, tradisi dan alam semulajadi di Bumi Kenyalang.
Dalam majlis yang sama, Yang Berhormat, Datuk Amar Hajah Jamilah Anu atas sumbangan beliau berjumlah RM30,000 untuk inisiatif ini yang semestinya membawa manfaat kepada golongan penyelidik, akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Hasil kajian dan penyelidikan juga boleh membantu Kerajaan Negeri kita dalam menggubal dasar-dasarnya. Justeru, Memorandum Perjanjian (MoA) juga telah dimenterai antara kerajaan Sarawak dan pihak UPM.
Sumber dari : Sarawakku